Selamat Datang ke dungunblog lawati juga Page dungunblog di facebook dan jangan lupa "LIKE"

SARA 1Malaysia: Usaha Kerajaan Bela Rakyat

.


Tadi ada terbaca kisah pelancaran SARA 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak , apa yang saya faham benda ni macam saham jugalah nak beli kena ada rm5k , kalau tak mampu boleh buat pinjaman :p sronok jer nampak tetapi bimbangnya indah khabar dari rupa... bimbang nanti nak buat pinjaman bukan main senang beratus2 keping borang pula kan kan kan.. kesudahannya masih berpihak kepada yang masih ada wang juga..

yang takutnya kalau macam saham2 ni nanti kalau berlaku kerugian macam mana pula dengan yang pinjam dengan bank2 tu?? hahaha jangan nanti bukan mengurangkan kemiskinan tetapi menambahkan jumlah penghutang pula dikalangan rakyat.

kalau lah begitu sepertinya diatas... kesudahannya usaha kerajaan hanya seperti tin kosong, masih gagal lagi untuk mencari satu jalan untuk mengatasi kesusahan dan kemiskinan rakyat.

Pun begitu kita kena lihat dari segi positif juga benda macam ni sekurang2nya orang yang ada rm5k tu boleh lar tampung hidup mereka. dan mana lah tahu jika skim ini berjaya dan dapat membantu kan kan kan. sekurangnya ada niat nak membantu rakyat pun dah okay daripada bising bising tapi haper pun tarak

pada saya secara peribadi kalau nak buat pinjaman nak beli skim tu agak bimbang juga... kita dah terbiasa dengan janji manis MULTI LEVEL MARKETING yang selalu sebut untung-untung-untung akhirnya apa pun tak boley!. skim-skim macam ini juga rasanya ada risikonya.


KUALA LUMPUR — Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Jan.

Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Katanya ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.

“Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.

“Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan,” katanya ketika melancarkan skim tersebut di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta menteri-menteri kabinet.

Pada Belanjawan 2012, Najib mengumumkan skim tersebut bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah.

Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Najib berkata pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM13,000 bagi yang melabur melalui simpanan sendiri dan RM5,000 bagi yang membuat pinjaman.

Najib berkata kerajaan telah melancarkan pelbagai produk di bawah slogan 1Malaysia yang bertujuan memberi manfaat kepada rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Program Perumahan 1Malaysia.

Beliau menarik perhatian bahawa pelancaran SARA 1Malaysia pula diterjemahkan sebagai produk yang membantu golongan rakyat berpendapatan rendah.

“Ini adalah usaha kerajaan untuk membela rakyat. Banyak produk yang telah kita lancarkan dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, cuba bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya. — BERNAMA

Latest Post

 

Followers

Copyright © 2006 - 2008 DungunBlog is proudly powered by Blogger.com | Best View Resolutin 1027x768