Yark!!!!!!!!!!! Kilang air batu ditutup buat sementara!! tak boleh lah aku nak minum nescafe o peng!... semalam leka main facebook hujan turun .. tapi tak sangka pula air naik sampai nak masuk dalam kedai tempat keje aku.. mujurlah aku tersedar awal. semuanya disebabkan air turun terlampau laju sampai tak sempat nak masuk dalam longkang . sakit abis belakang aku angkat pc letak atas meja.
banjir bukan masalah mana pun bagi aku yang duk kat tingkat tiga rumah flat wahahahaahhah .. tapi yang menjadi ketakutan .. eee takutnya... bukan takut lah cuma bimbang akan wabak taun baru ni je. terbaca kat surat khabar tadi kuman baru taun . tapi dah ada ubat yang sesuai untuk wabak ini .. Alhamdulillah..

dipetik dari kosmo online
KUALA TERENGGANU - Penularan wabak taun yang menjangkiti 145 pesakit di Terengganu dikenal pasti berpunca daripada sejenis bakteria baru daripada jenis Vibrio Cholera dan ia dipercayai tersebar melalui ikan yang digunakan dalam perusahaan keropok.
Bakteria itu pertama kali dikesan di negara ini dan ia sama seperti Vibrio Cholera biasa tetapi mempunyai genetik protein yang berbeza.
Selain ikan, ia juga dikesan terdapat pada sampel ayam mentah dari Pasar Borong Gong Pauh, Wakaf Mempelam dan air dari beberapa buah kilang ais di sekitar negeri ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, hasil ujian makmal mendapati antara punca bakteria itu tersebar ialah melalui ikan yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand melalui Kompleks Perikanan Chendering yang kemudian digunakan dalam perusahaan keropok.
"Kuman (bakteria) taun baru itu menyebabkan pesakit sukar diubati pada peringkat awal sejak seminggu lalu, namun kementerian telah mengambil langkah segera dan berjaya menemui antibiotiknya selepas beberapa kajian dilakukan," katanya.
Semalam Tiong Lai melawat beberapa pesakit taun yang dirawat di sembilan wad pengasingan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Menurutnya, kajian yang telah dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan mendapati bakteria kolera itu daripada jenis berlainan yang tidak bertindak balas dengan antibiotik biasa.
"Tetapi sekarang kita sudah menemui antibiotik untuk menanganinya dan ia memberi keputusan yang baik kepada pesakit," katanya BACA ARTIKEL PENUH »»

























