semalam di sura gate depan medan selera ada dianjurkan pesta durian oleh UMNO dungun ,baguslah nampak meriah sikit sura gate ni , aku pun join sekali.
haaaa becakap pasal durian, sambil sambi jalan dalam google maka tersempaklah aku dengan durian yang luruh entah dari mana, mungkin korang juga akan rasa sama seperti aku bila pertama kali melihat gambar dibawah ni.
pertama kali tengok gambar ni aku rasa cam tak logik je . ingatkan gambar durian ni hasil edit photoshop tangan aku pun gatal nak klick gambar tu maka terbukalah satu halaman yang menulis pasal durian merah ni. sebenarnya memang ada durian merah ni dan isinya adlaah merah darah. pokok durian merah ini jarang ditemui kerana dia tumbuh dalam hutan liar , dimalaysia hanya sabah sahaja negeri yang banyak durian sebegini jadi kalau tak percaya pergilah ke sabah cari buah durian merah keekkekee...
mengikut sumber sumber yang aku dapat diorang kata durian ni lebih best dari durian yang biasa kita makan. pokoknya pula berdaun sebesar tapak tangan orang dewasa juga dikenali dengan nama " Durian daun "
Seterusnya tulis disini BACA ARTIKEL PENUH »»

























