3/29/2009

Proton Exora Official Launching Pada 15 April 2009

. 3/29/2009
1 comments




Proton Exora Official Launching Pada 15 April 2009

Mengikut pada site Paultan.org yang dah pun merasa test drive Exora ni, Proton akan launch Exora ni pada 15 April 2009, so dah tak lama dah... tak sampai sebulan pun. Tak sabar aku nak tengok dengan mata kepala aku sendiri Exora ni, kalau boleh nak test drive skali. Boleh kata aku ni salah sorang potential buyer ah, cuma 50-50 lagi sebab isu underpower enjin dia sebab ramai yang komplen 1.6 CPS tak larat nak bawak body MPV 7 seater. Dan ada jugak ura-ura mengatakan yang akan ada Exora 1.6 CPS soft turbo, tak pun 1.8 CPS. Sebab tu la berbelah bagi lagi tu. Biasa ah semua benda kalau yang 1st batch sure masih ada cacat cela sket. Lepas tu diorang akan slow-slow perbaiki kelemahan yang ada. Lagi satu yang bermain di fikiran aku sekarang ni pasal gear ratio untuk auto....smooth ke tak. So, jalan terbaik dia, tunggu dan lihat je. Biasanya berbaloi kalau tunggu lama sikit dan tidak gelojoh untuk membuat sebarang keputusan. Maybe Proton akan keluarkan Exora S.E pulak lepas ni yang dah di"upgrade" dan diperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada.

Aku cakap camni pun berdasarkan pengalaman aku ah, bukan pengalaman beli kereta. Sebab kereta pertama yang aku beli 2nd hand wira je. Takde pengalaman lagi beli kereta baru, camana la rasa beli kereta baru ek. Nak buang plastik cover seat pun sayang ek. Pengalaman aku beli handphone Nokia 5800 Ekspres Muzik. Disebabkan kegelojohan aku dan ketidaksabaran aku masa nak beli handphone ni aku dah rugi sebab tak dapat Wireless Headset yang Nokia bagi free kepada 1000 orang terawal yang buat pre-order. Walaupun sebenarnya aku salah seorang dari 1000 orang terawal. Masa aku buat pre-order tu aku letak alamat Kedah. Tapi aku beli masa dia official launch kat KL. Tunggu punya tunggu aku dah hilang sabar dah. Aku ingat aku dah jadi orang yang ke 1001 sebab tu aku tak dapat kupon untuk redeem Wireless Headset tu, sekali... lepas aku dah beli kat KL tu baru diorang antor Kupon tu kat email aku suruh redeem kat Alor Star time diorang official launch kat sana. Punya la frust time tu, tuhan je yang tau. Aku siap call Nokia Center tanya dia boleh tak aku tunjuk resit yang aku dah beli kat KL pastu amik aku punya free Wireless Headset tu. Diorang cakap tak boleh, aku kena beli time nak redeem tu jugak. Frust menonggeng siot. Kalau nak beli benda Allah tu RM380. Tu ah, gelojoh la lagi. Dah le rugi sebab kena beli tiket bas pergi balik Kedah KL. Pastu on the way to ngan makan, minum lagi, ngan tambang LRT lagi, monorel lagi.

Takpe, pegajaran berguna kat aku. Lepas ni, jangan gelojoh. Aku puas kena kutuk ngan member-member bila cakap aku nak beli Exora ni. Diorang cakap ko bukan tak tau kualiti kereta Proton macamana. Aku tau memang Proton dulu suck, macam Wira aku tu memang selalu buat hal. Tapi tu Proton dulu beb, zaman Proton pinjam teknologi Mitsubishi lagi. Sekarang Proton dah lain dah. Apa lagi diorang cakap, kau bukan tak mampu nak beli MPV lain mcm Wish ke Grandis ke Stream ke sebab ko laki bini keje. Memang la, aku laki bini keje... kalau ikut income kami, bukan setakat Wish, Stream atau Grandis je kami boleh beli tapi Alphard, Estima Absolute pun mampu. Tapi ukur baju di badan sendiri la beb, kita tau kemampuan kita. Lagi besor periuk lagi besor kerak dia. Banyak lagi yang kami kena tanggung, lepas tolak itu ini begitu begini... tu je yang kami mampu. Buat apa pakai prinsip Biar Papa Asal Bergaya tapi at last ikat perut time hujung bulan. Sekarang ni anak baru sorang dan kecik lagi, nanti bila dia dah start sekolah lepas tu bertambah lagi 2-3 orang camana?

Anyway, credit to Paultan.org pasal berita ni.

BACA ARTIKEL PENUH »»

3/28/2009

Akhirnya Celcom Broadband Naik Taraf 3.5G

. 3/28/2009
3 comments

Akhirnya Celcom Broadband naik taraf 3.5G kat tempat aku duduk ni. Kalau tak jenuh aku guna GPRS punya speed walaupun aku bayar RM98 sebulan. Maka dengan ini bolehlah aku kembali aktif memblogkan diri aku kembali. Time aku dah nak pindah rumah masuk rumah baru ni la baru diorang nak naik taraf. Bila aku dah tension nak tukor pakai Winet, WIMAX atau kembali ke Streamyx balik baru le nak naik taraf. Tapi naik taraf pun masih lagi statik IP yang membuatkan aku tidak boleh memuatturun dari server rapidshare, megaupload, depositefile, 4shared dll. Oleh sebab itu, aku akan tetap bertukar ke sumber alternatif lain yang aku sendiri blom pasti nak pakai yg mana. Nanti la aku compare dulu tengok yang mana is the best. Aku tak kesah bayar bulan-bulan mahal sket pun tapi yang penting kelajuan internet & boleh download tanpa had. Sebab aku banyak guna P2P download spt torrent & limewire. Nasib baik aku amik package yg takde kontrak setahun tu sebab modem dia aku beli sendiri. So, boleh lah aku terminate bila-bila masa yang aku nak.


Kepada Komar, sorry bro tak dapat pegi kenduri kawen ko. Kena cover last minit. Hari ni Enal & Wife dia mintak pendapat aku pasal nak beli laptop apa yang bagus. So, aku ingat aku nak bagi pandangan aku yang tak berapa bijak ni. Kalau ada sesiapa lagi yg pro boleh la tambah. First of all tengok ah korang nye penggunaan. Korang nak guna laptop tu untuk apa? Surfing internet je? Download P2P? Menaip keje-keje opis sket-sket? Main game budak-budak? Chatting? Kalau jawapan korang semua di atas, so baik korang carik laptop yg biasa-biasa je. Laptop yang macam ni dalam RM2000 ke bawah dah ok dah. Tapi kalau korang nak bergaya kat kopitiam baik korang cari laptop yang bersaiz kecik & kurang makan bateri. Kalau korang nak beli laptop yang murah dan bagus, ada 2 benda paling penting korang kena tengok dulu. 1st skali korang kena tengok speed processor laptop tu. Lagi laju lagi bagus, semakin besar nombor Ghz dia lagi bagus ( contoh mcm laptop aku 2Ghz). Tapi processor apa nak beli? Intel ke AMD? Dual Core ke Core2Duo? Ada pendapat mengatakan AMD lagi cepat panas dari Intel, tapi pada aku yg dah guna AMD nak masuk setahun ni takde lagi masalah cepat panas. Kalau dah pakai laptop tu pakai la cooling pad skali sbb laptop bukan macam desktop ada byk kipas. Jangan la pakai laptop mcm desktop running 24hours non stop. Ikut suka korang le nak beli Core2Duo ke Dual Core ke Turion ke Athlon ke yg penting carik yg paling laju yg menepati budget korang. Yg ke2, korang kena carik Built in AGP atau Grafik Kad yang bersaiz besar. Semakin besar Mb dia lagi bagus, dia ada 64, 128, 256, 512Mb. So pepandai le korang pilih nak yang mana mengikut kesesuaian penggunaan korang. Kalau rasa korang ni gamers atau designer baik cari yg besor. Kalau tak nanti korang menyesal sebab 2 benda ni memang kalau dah beli tak boleh nak naik taraf dah. Benda lain korang still lagi boleh menaik taraf, contoh macam harddisk ke, RAM ke, CDRW ke masih boleh dinaiktaraf lagi. Cara nak check speed 2-2 benda ni korang taip DXDIAG kat Run, nanti dia keluar pop up window Direct X Diagnostik Tool. Ataupun korang boleh pergi kat Control Panel > System. Pastu kalau nak save lagi beli la FreeDos & install sendiri Operating System (OS) yang korang nak. Sekarang ni orang ramai pakai Windows Vista, walaupun masih ramai yang pakai Windows XP. Tapi tak lama lagi Microsoft nak release 1 lg Windows baru diberi nama Windows Se7en. So, pada aku tak berbaloi ah beli OS yg ori sbb Bill Gate ni asyik tukor je OS dia. Nak free lagi pakai Linux ah, tu pun kalau korang tau guna ah. Sekarang ni pun dah byk versi Linux yg user friendly yg compatible ngan Windows punya software. Bila dah beli laptop nanti pepandai le korang jaga laptop korang tu sbb nak beli bukannya murah. Jgn tinggalkan dalam kereta sbb byk kes org pecah cermin kereta utk curi laptop. Jgn run lelama sbb takut nanti dia overheat & gunakan penyejuk tambahan seperti cooling pad atau guna kat dalam bilik berhawa dingin. Install antivirus, antimalware, antitrojan yang bagus untuk mengelakkan laptop kesayangan kita dari dijangkiti penyakit. Bila dah sakit nanti kena format, bila format byk data hilang sbb tak buat disk partition utk backup data. Bila kerap sgt format nnt harddisk boleh kena bad sector. So, pepandai la ye. Nanti kalau aku rajin aku tambah lagi.

BACA ARTIKEL PENUH »»

3/19/2009

Berhenti isap rokok sekejap

. 3/19/2009
0 comments

hehehe hari ini terjumpa iklan rokok rokok zaman dulu dulu , kadang kelakar jugak kalau perhati betul betul iklan lama2 ni.. perkataan lama yang digunakan ..tapi yang bestnya harga rokok hanyalah 25sen sekotak waaaaaaaaaa bestnyer kalu hari ini sekotak rokok pun rm0.25sen .. tapi sekarang harga rokok pun ada yang murah rm2.80 je ..itu rokok yang lari cukai dan sangat berbahaya dari rokok2 yang diluluskan.. ada kalanya rasanaya macam hisap plastik je hahahahaha.









kekadang tak faham kerajaan malaysia nak mengurangkan jumlah perokok jadi diorang naikkan cukai rokok naikkan harga rokok.. oleh kerana tu rakyat malaysia yang tak boleh berenti merokok akan hisap rokok yang ape ape ntah.. yang risiko nya lebih bahaya dari rokok2 yang ada dikedai kedai sekarang.. memanglah rokok semua bahaya.. tapi ada perbezaan antara rokok ni kalau anda seorang perokok anda boleh bezakan antara rokok Dunhill dan rokok texas atau bola ...

BACA ARTIKEL PENUH »»

 

Latest Post

Recent Visitor

Copyright © 2006 - 2008 DungunBlog is proudly powered by Blogger.com | Best View Resolutin 1027x768