12/22/2008

Wall-e

. 12/22/2008
0 comments



Dah 3 kali dah aku ulang tengok filem wall-e ini, memang tidak bosan sesuai untuk tontonan umun. kekekekek aku ni kurang ambil tahu sikit pasal perkembangan filem2 terbaru, tapi kalau time aku nengok filem siaplah memang aku tak peduli dah orang kat sekeliling ,

filem ini berkisar tentang dunia pada masa depan ketika semua manusia terpaksa meninggalkan bumi kerana bumi mengalami pencemaran yang teruk , Wall-e pula adalah sebuah robot yang masih aktif dan masih menjalankan tanggungjawab dia iaitu membersihkan muka bumi dari sampah, kekkeekek, hanya tinggal dia sendirian dibumi diwaktu kesemua robot sejenisnya dan hidupan lain telah mati, wall-e berteman seekor lipas. selepas 700 ratus tahun muncullah satu roket yang kemudian menurunkan EVA salah satu robot yang ditugaskan untuk memeriksa keadaan bumi .


nak tahu lagi??.. ah korang ada duit pegi lah beli dvd sendiri.. kalu takda duit download je pakai torrent.. kuang kuang kuang

BACA ARTIKEL PENUH »»

12/21/2008

Halaman untuk menentukan arah kiblat

. 12/21/2008
0 comments


http://www.qiblalocator.com/ adalah satu halaman yang sangat berguna untuk orang mencari cari arah kiblat.

cari tempat korang dalam map





tekan butang satellite untuk memudahkan anda mencari lokasi sebenar anda



Tekan Hybrid untuk gambar satellit sekali dengan nama jalan

BACA ARTIKEL PENUH »»

12/17/2008

Kesal Tentera dituduh mencuri

. 12/17/2008
0 comments



Baru- baru ini ada aku tulis pasai mangsa bukit antarabangsa , hari ini terasa kesian plak kat anggota tentera yang dituduh mencuri barangan peribadi milik mangsa kat bukit antarabangsa ni .ye lah memang lah kesal kita datang menolong mangsa tiba tiba kita dilempar dengan kata kata tidak menyenangkan "datang semata nak tunjuk hebat" dan lepas tu dituduh pulak mencuri harta mangsa adeiiii memang nak marah ler kalu aku jadi tentera.. nak kata pun tak pandai dah bila bukan kita ditempat mangsa.. memang kebiasaan bila ditempat nahas sebegini akan berlaku kecurian barang . jangan nanti bila ada lagi bencana sebegini berlaku ditempat yang sama tiada pihak yang datang menghulurkan bantuan. pasal apa?? pasal mangsa berlebih2 sangat dan tidak bersyukur dengan bantuan yang telah diterima.


ada juga disesetengah forum diletakkan tajuk " usah dengki dengan mangsa nahas bukit antarabangsa ".. persoalannya benarkah ada pihak yang dengki dengan diorang??

dipetik dari Kosmo Online
Kesal Tentera dituduh mencuri

KUALA LUMPUR - "Saya kesal, pelbagai bantuan yang dihulurkan anggota Tentera Darat (TD) di Bukit Antarabangsa bagai langsung tidak dihargai, malah ada pihak yang menuduh TD mencuri pula."

Begitulah luah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal apabila diminta mengulas rungutan mangsa tanah runtuh di situ yang mendakwa petugas serta anggota mencari dan menyelamat termasuk tentera mencuri barangan peribadi penduduk di situ.

Beliau yang menegaskan bahawa dakwaan tersebut sebagai tidak berasas berkata, tuduhan itu tidak lain hanya mahu mencalarkan imej pasukan beruniform berkenaan.

"Itu hanya dakwaan, anggota TD telah dilatih dengan penuh disiplin. Kami komited dengan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

"Tidak timbul soal mencuri kerana banyak perkara lebih penting untuk diselesaikan di lokasi kejadian daripada memikirkan peluang untuk mencuri," katanya.

Kesal dengan dakwaan tersebut, Abdul Aziz mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang 'kurang bersyukur' dan 'tidak pandai menghargai' usaha dan bantuan TD kerana hingga kini belum ada pihak yang tampil memberi ucapan penghargaan kepada TD atas pelbagai bantuan yang diberikan.

"Anggota TD bergegas ke tempat kejadian seawal pukul 4 pagi 6 Disember lalu dan hingga ke hari ini anggota kita masih ada di sana untuk membantu.

"Sepanjang tempoh itu, belum ada ucapan terima kasih yang kami terima, sebaliknya dituduh mencuri pula," katanya selepas Majlis Penyerahan 10,000 Kalendar Pernama Tahun 2009 kepada empat unit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini semalam

BACA ARTIKEL PENUH »»

12/15/2008

Hadiah Kasut untuk Presiden Bush yang kesian

. 12/15/2008
3 comments


CLICK HERE TO SEE VIDEO
CLICK DISINI UNTUK MENONTON VIDEO


hadiah tahun baru untuk seorang Bush yang telah menyebabkan ramai askar amarika dan bukan amarika juga orang awan terkorban dalam perang sedangkan dia masih dapat meneruskan hidup lagi.syabas kepada Bush

BACA ARTIKEL PENUH »»

Tanah Dalam Bandar Untuk Disewa

.
0 comments


Sesiapa berminat untuk menyewa tanah (dlm bandar) untuk apa jua jenis perniagaan, boleh hubungi saya. Saya mempunyai 2 lot tanah untuk disewa. Harga boleh runding. Kawasan amat strategik. Jika ada sebarang pertanyaan boleh la menghubungi saya di talian :

014 - 8249227 - puan najmi
012 - 3217581 - cik hajar

BACA ARTIKEL PENUH »»

CUBA - faizal tahir

.
0 comments

CUBA
faizal tahir

coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
tuk berbicara dengan kamu

pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati

dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku...padamu

coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku...padamu


maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku...padamu

Download Mp3 Disini

BACA ARTIKEL PENUH »»

Adat Meninggalkan Rumah

.
0 comments

Dalam masyarakat melayu terdapat banyak adat2 tradisi diamalkan pendek kata semua mesti ada adatnya kalau nak makan pun ada adat2 dia tersendiri. macam macam lagilah antaranya adat meninggalkan rumah , pagar rumah dan macam macam lagi


dengan banyak tujuan untuk menghindari kecurian, ganguan makhluk halus , ganguan binatang buas dan macam macam lagi . ada sesetengah pihak yang masih ragu pada adat ini , tapi hari ini ada bukti yang mengisahkan tentang adat ini.. masuk dalam surat khabar lagi.




dipetik dari kosmo online
KEMAMAN - "Nasib baik saya cepat balik ke rumah kalau tidak, tak taulah nasib dia."

Demikian menurut seorang peniaga Che Ibrahim Che Abdullah, 57, mengenai kejadian seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya, tetapi terperangkap selama tiga hari kerana gagal mencari jalan keluar.

Menurutnya, ketika kejadian pada 7 Disember lalu, dia balik ke kampungnya di Selising, Kelantan bersama isteri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dan pulang semula tiga hari kemudian.




Che Ibrahim berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, isterinya pengsan apabila mendapati rumah dalam keadaan bersepah serta terdengar bunyi orang mengerang kesakitan di dalam bilik tidur.

"Bila saya periksa seorang lelaki yang saya kenal berada dalam keadaan lemah dan gagal keluar dari rumah kerana mendakwa pandangannya gelap akibat dihalang objek besar.

"Mujurlah kami hanya pulang selama tiga hari, kalau seminggu mungkin dia dah tak bernyawa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini, semalam.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan seorang lelaki berusia 36 tahun terperangkap di dalam rumah milik pasangan suami itu semasa dipercayai mahu mencuri barangan berharga.

Suspek ditemui keletihan dan hampir kebuluran kerana tidak dapat mencari makanan serta mendakwa suasana di dalam rumah itu gelap-gelita.

BACA ARTIKEL PENUH »»

12/14/2008

Bayar RM10, dilindungi RM10,000

. 12/14/2008
0 comments

KUALA LUMPUR - Dengan hanya RM10 setahun, golongan wanita di negara ini kini boleh mendapatkan perlindungan insurans kemalangan sehingga RM10,000 melalui skim Pelan Perlindungan Nur yang dilancarkan oleh Sime Darby Lockton Insurance Brokers Sdn. Bhd. semalam.

Melalui skim insurans termurah itu, ia akan memberi peluang kepada semua wanita yang berumur di antara 18 hingga 65 tahun khususnya yang berpendapatan mendapat perlindungan sekiranya berlaku kecederaan akibat kemalangan.

Skim insurans di bawah Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad itu turut menyediakan dua pelan lain iaitu pelan RM50 dan RM100 yang masing-masing membolehkan pemegang insurans dilindungi sehingga RM25,000 dan RM50,000, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Lockton Insurance Brokers Sdn. Bhd., Mohd. Yahaya Mohd. Ibrahim pada pelancaran skim itu di sini semalam.

dipetik dari kosmo online

BACA ARTIKEL PENUH »»

Minuman keras yang mengelirukan

.
1 comments

PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .

Jolly

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan “Contains alcohol” hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.





HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.................

BACA ARTIKEL PENUH »»

Aiko kekasih Ku robot - le Trung

.
0 comments


Video kat atas ni korang boleh tengok bila le trung sentuh dada Aiko , aiko cakap "I do not like it when you touch my breasts!" har har har har har har har.. betul lar sensitif

JIKA temu janji atau pencarian calon isteri menerusi laman temu jodoh pada Internet gagal untuk membolehkan anda memperoleh teman hidup, anda sentiasa boleh merujuk kepada buku Le Trung dan mencipta sendiri teman sejati.

Le Trung, 33, mencipta Aiko, robot berusia 20-an yang bukan setakat kelihatan seperti wanita tetapi juga seksi dan boleh melakukan tugas rumah serta mengemaskinikan akaunnya.



Namun, walaupun rambutnya berkilat dan mempunyai bentuk tubuh 32-23-33, Aiko, yang maknanya kanak-kanak yang disayangi, bukan boleh dipikat seperti wanita lain.

Dia juga dilengkapi dengan bakat untuk menyelesaikan matematik serta 13,000 perbendaharaan kata dalam bahasa Inggeris dan Jepun. Dia juga boleh mengenal wajah, membaca surat khabar dengan lantang serta memberi arahan.

Aiko, robot yang diperbuat daripada silikon dan teknologi AI, adalah cinta sejati Le Trung.

Lelaki itu membuat pinjaman menerusi kad kredit, meminjam daripada bank, menjual kereta dan membelanjakan semua simpanannya untuk menjadikan Aiko robot serba boleh.

Setakat ini jumlah yang dibelanjakan sudah mencecah RM84,000.

Bekas juruatur perisian komputer dari Ontario, Kanada itu berkata, dia tidak mempunyai masa untuk mencari isteri sebenar. Namun, dia tidak menghasilkan Aiko untuk menjadi teman seks walaupun robot itu begitu sensitif dan bertindak balas jika ditunjukkan kasih sayang atau cedera.

Le Trung berkata: “Saya mahu menjadikannya kelihatan, rasa dan bertindak sehampir mungkin seperti manusia supaya dia boleh menjadi rakan yang serba lengkap.

“Seperti wanita betul, dia boleh bertindak balas kepada sentuhan menerusi pelbagai cara. Jika anda memegang atau meramas tangannya dengan kuat, dia akan cuba menampar anda. Dia memiliki semua deria kecuali bau. Dia tidak perlukan cuti, makan atau berehat, sebaliknya boleh bekerja 24 jam sehari. Aiko boleh disifatkan seperti wanita yang lengkap,” kata Le Trung.

Dia yang memakaikan Aiko dengan pakaian berbeza serta membawanya bersiar-siar di pinggir bandar, memang pintar sejak kecil lagi dan menghasilkan robot pertamanya ketika berusia lapan tahun.

“Orang ramai mempunyai pelbagai reaksi apabila menemui Aiko,” katanya.

“Ada yang suka dan ada juga yang membencinya. Ada yang marah dan menuduh saya cuba mencabar dan melakukan kerja Tuhan. Pernah ada orang melontar batu ke arah Aiko. Kejadian itu sungguh mengecewakan saya. Namun, ramai menyukai dan takjub dengan kebolehan Aiko. Biasanya, wanita akan tertarik dengan robot ini. Ada yang cuba berbual dengannya. Namun, bagi lelaki, mereka selalunya mahu menyentuhnya. Jika mereka tersilap sentuh, Aiko akan menampar mereka,” katanya.

Dalam tempoh beberapa tahun ini, Le Trung akan berusaha menyempurnakan lagi perisian komputer dalam diri Aiko dan meningkatkan kemahirannya, bukan untuk kepuasan dirinya semata-mata.

BACA ARTIKEL PENUH »»

12/13/2008

Kekasih Tak Dianggap

. 12/13/2008
0 comments

Kekasih Tak Dianggap
Kertas Band

Aku mentari
tapi tak menghangatkanmu
Aku pelangi
tak memberi warna di hidupmu

Aku sang bulan
tak menerangi malammu
Akulah bintang
yg hilang ditelan kegelapan
Selalu itu yg kau ucapkan padaku

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah


Download

BACA ARTIKEL PENUH »»

TV3 rakam seorang penduduk Bukit Antarabangsa memarahi angota rela

.
0 comments



hari ini terjumpa video nih kat laman web, sebelum ni adalah kawan aku cerita pasal mangsa kejadian tanah runtuh kat bukit antarabangsa ni.. kekeekk kata dia "orang disana yang kaya kaya tak boleh susah sikit, nak angkat kotak pun nak suruh angota rela buat, sampai marah marah kat angota rela" emmm mungkin ada betul jugak tu keh keh keh sekarang duk heboh pulak pasal mangsa kejadian tanah runtuh ni mintak kerajaan tanggung bil penginapan diorang kat hotel plak dah.. adoii nak ketawa pun ada sedangkan sepatut diorang ditempatkan dikawasan khas untuk mangsa bencana .. mungkin sebab diorang ni orang kaya kaya .. tempat khas mangsa bencana tak sesuai untuk diorang .. diorang memerlukan aircond untuk bernafas.. ahahahahahah dunia dunia




bila aku peratikan video nih.. aku rasa bodoh jugak orang yang marah marah ni.. dan sedikit rasa nak marah kat dia ni, tak patutlah dia cakap "datang nak tunjuk hebat datang buat ramai" .. dia sebenar harus faham walaupun orang tak datang membantu angkat barang angkat tuan curi barang ker tapi diorang datang juga menjenguk.. jadi tak patutlah kalau kita mangsa bencana cakap kat orang yang datang2 tengok nak membantu sikit2 tu macam ni "datang buat apa buat tunjuk hebat?" orang datang pun dah kira bagus aper daa .. kalu tak datang?? nanti ko cakap plak ada YB masa mengundi je nampak muka. ape ape aje lagi lah.. hanya kerana mamat ni seorang sahaja habis semua mangsa kejadian bencana dipandang serong.. kekekkeke dia cakap "orang rumah saya bawak kotak besar ni ada askar rela nak tolong angkat barang!! takdey!!!! duduk je kat situ makan jer!!! " adoiii takkan orang tengah makan dia nak suruh pegi angkat barang dia. tak kesian langsung angota rela pun orang jugak, nak isi perut jugak.. kalau saya la tengah makan pun saya tak peduli "ahhh lantak ko lah aku nak melantak"


kekadang tu bila kita ditimpa kesusahan kita nak marah jugak bila orang tak membantu
tapi bila difikirkan balik , selama ni kita tak pernah pun nak membantu orang susah walaupun kita senang lenang...
kekadang bila kita terpaksa berjalan kaki jauh kita akan berkata dalam hati "emm takda sorang pun yang berani tumpangkan", tapi bila time kita bawak kereta plak makcik tua yang berjalan terhuyung terhayang pun kita tak berani nak tumpangkan kita pejam mata je lalu depan ...


BACA ARTIKEL PENUH »»

12/11/2008

kelas alquran

. 12/11/2008
0 comments



BELAJAR AL QURAN UNTUK KAWASAN DUNGUN DAN KEMAMAN
Ustaz Fatahul
TEL NO : 0129370801/019931274

sesiapa yang berminat dalam mendalami alquran rumah ke rumah dan pejabat.anda berpeluang mempelajari ilmu yang berkaitan dengannya boleh lah hubungi saya ustaz fatahul.terima kasih

Seterusnya tulis disini

BACA ARTIKEL PENUH »»

Terengganu bakal terima RM400 juta

.
6 comments

dipetik dari http://www.utusan.com.my


KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Kerajaan Terengganu bakal menerima bayaran royalti minyak tambahan kira-kira RM400 juta yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Negeri di sini Sabtu ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, bayaran tersebut merupakan tambahan selepas pembayaran royalti lima peratus daripada pengeluaran 400,000 tong minyak sehari atau lebih RM50 bilion setahun dari telaga minyak yang terdapat di perairan negeri ini.

"Walaupun harga minyak mentah telah menurun namun kerajaan negeri bakal menerima royalti minyak daripada kerajaan Persekutuan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Himpunan Mahasiswa Terengganu 2008 yang dihadiri kira-kira 3,000 mahasiswa di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Perghhhhhhhhhhhh bayangggggggkan!!! aku dapat 1 juta perghhhhhhhhhhhhhhhh

BACA ARTIKEL PENUH »»

12/07/2008

Buat avatar manga anda sendiri

. 12/07/2008
0 comments



Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA maaf zahir dan batin.kepada semua pengunjung DungunBlog dan kawan kawan DungunBlog . hahaha cantik tak avatar manga aku kat atas ni? sebenarnya tuan avatar ini lebih kacak dari gambar avatar ini.. PERRRRRCHAYALAH!.

avatar ini aku buat tak sampai satu minit pun dengan hanya berkoskan sekeping CD sebagai cermin dan dengan melawat halaman http://www.faceyourmanga.it jadi kepada korang yang terasa nak buat avatar macam ini .. boleh lah pergi melawat buat elok2 yer..

BACA ARTIKEL PENUH »»

12/06/2008

Hujan ohhh hujan kenapa engkau turun..

. 12/06/2008
0 comments

6 December 2008
Dungun , hujan lebat gila dilaporkan berlaku di dungun ekoran ramai sangat remaja2 dan juga bukan lagi remaja yang bersuara sumbang berkaraoke di pusat2 karaoke di bandar dungun ini.. mereka bukan saja bersuara sumbang akan tetapi turut melakukan perkara perkara sumbang. perbuatan mereka ini telah menyebabkan hujan turun dengan lebatnya tanpa henti dan menyebabkan sedikit banjir dikawasan-kawasan rendah. atau pun boleh dikatakan menyebabkan datangnya BALA.. diharap meraka dapat mengurangkan aktiviti sumbang mereka kerana dikhuatiri perbuatan mereka akan menyebabkan bukan saja hujan lebat akan tetapi mungkin akan memangil tsunami mari..


BIR : hujan ohh hujan kenapa engkau turun??
HUJAN : macam mana aku tak turun katak pangil aku!!
BIR : katak oh katak kenapa kau pangil hujan
KATAK : aku pangil band Hujan lar Bir.. tapi itu hujan betul jugak ada turun..


Hurmm hari ini hujan sangat lebat.. sampai aku pun rasa malas nak bangun huahahahah kalau boleh nak berselimut je sampai hujan berenti atau pun sampai aku mati.. kih kih kih.. oleh kerana terlalu miskin nak beli baju hujan walaupun baju hujan tak lah seberapa ringgit pun di kedai mydin bin mamat ..jadi terpaksalah aku pakai seluar pendek ngan baju sejuk aku untuk meredah hujan dan membawa baju lain dalam plastik ..

Baru jer nak idup kan enjin motor aku dah mai sejuk sampai ke tulang sumsum adoii tak tahann sihhh mau kendur urat lutut aku al maklumlah aku ni kurus tak ada lemak kalau kena sejuk tu terus sampai ke tulang... tahan punya tahan akhirnya sampai gak kat tempat kerja hari ini fuhhh lega rasa macam baru lepas merentas kutub utara plak.. memang hari ini hujan lebat dari semalam harap harap petang nanti tak hujan dah.




Hujan (Sudirman)
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu

BACA ARTIKEL PENUH »»

Tears in heaven Unplugged

.
0 comments

Tears in heaven Unplugged
Eric Clapton

Would you know my name
If I saw you in heaven
Will it be the same
If I saw you in heaven
I must be strong, and carry on
Cause I know I don't belong
Here in heaven

Would you hold my hand
If I saw you in heaven
Would you help me stand
If I saw you in heaven
I'll find my way, through night and day
Cause I know I just can't stay
Here in heaven

Time can bring you down
Time can bend your knee
Time can break your heart
Have you begging please
Begging please

(instrumental)

Beyond the door
There's peace I'm sure.
And I know there'll be no more...
Tears in heaven

Would you know my name
If I saw you in heaven
Will it be the same
If I saw you in heaven
I must be strong, and carry on
Cause I know I don't belong
Here in heaven

Cause I know I don't belong
Here in heaven


BACA ARTIKEL PENUH »»

 

Latest Post

Recent Visitor

Copyright © 2006 - 2008 DungunBlog is proudly powered by Blogger.com | Best View Resolutin 1027x768