8/31/2008
Malaysia Merdeka
Labels: DungunMerdeka!! merdeka!! merdeka!! dungunblog mengucapkan selamat hari kemerdekaan kepada semua rakyat malaysia .
apakah kita patut berbangga dengan Melaysia dari awal merdeka hingga ke hari ini? tidak!!! kita perlu terus maju!!! majuu!!! membangun!!! naik!!!! naik!!! ops!!! naik takleh guna perkataan sensitif nanti ada je barang naik kan kekeke.. BACA ARTIKEL PENUH »»
8/26/2008
Keputusan Pilihanraya Permatang Pauh
Labels: Dungun
Keputusan Pilihanraya Permatang Pauh
Seperti yang dijangkakan harini hari yang ditunggu2 oleh semua rakyat Malaysia
Kenapa ya? Ini kerana keputusan pilihanraya kecil ini membawa impak yg sgt besar kpd Malaysia.
Petang td masa duk melepak ngan otai2 kat port diorang ada sorang pakcik tu berhaluan kiri yang lain aku duk nampak haluan kanan. Pakcik tu cakap kalau Anwar kalah dia nak jalan kaki bogel dari situ ke pekan. Aku pun dgn bersemangat masa balik tadi cari ah keputusannya, pakcik tu memang sungguh beruntung sbb tak perlu buat apa yg dia kata petang tadi.
8/25/2008
Red Glow
Labels: Dungun, iklan percumaJalan batu 49,23000 dungun,terengganu Tel :098483366
Red Glow Butik & Spa menawarkan promosi sempena aidilfitri
Akademi Red Glow sedang membuka tawaran utk lepsan SPM utk melanjutkan pengajian juru kecantikan MLVK di dungun.
untuk maklumat lanjut boleh layari halaman ini
http://the-redglow.blogspot.com
arlinarosli@yahoo.com
8/24/2008
Prison Break season 4 promo trailers
Labels: Dungun
Prison Break season 4 promo trailers
Kepada peminat2 drama bersiri Prison Break ada berita baik untuk anda semua, drama bersiri ini akan memulakan season terbarunya iaitu season 4 tidak berapa lama lagi. Anda bolehlah memuatturun promo & trailer untuk drama bersiri terbaru ini.
Promo
Trailer
8/22/2008
Mp3 Dungun
Labels: Dungun, mp3The Star 8 Wonders Rank & Win contest

The Star 8 Wonders Rank & Win contest
Nak menang bermacam2 hadiah menarik? Jangan lupa masuk peraduan ni, banyak hadiah menarik menanti anda. Caranya mudah saje, anda cuma perlu rankingkan 8 benda yang disenaraikan dalam suratkhabar the star pada setiap minggu. Untuk minggu ini, esok (23/08/08) adalah tarikh peraduan tersebut. So jangan lupa untuk mengundi kalau nak menang hadiah menarik.
Maklumat lanjut
Website peraduan online Malaysia
Website peraduan online Malaysia2
Man Guyver Malaysia
Man Guyver Malaysia
Kepada sesiapa yang masih blom menonton iklan merdeka petronas 2008 bolehlah tengok dalam ni, best giler. Banyak maksud tersirat & tersurat, korang hayati & fahamilah sendiri.
8/18/2008
Cryptload v1.1.4
Labels: Dungun, Free software
Cryptload v1.1.4
Anda selalu memuatturun dari rapidshare.com atau rapidshare.de? Anda jemu untuk menunggu 30 saat hingga seminit dan malas untuk verify kod yang diberi atau jemu untuk mencari kucing? Kini segalanya telah dimudahkan untuk anda dengan menggunakan Cryptload v1.1.4. Cubalah kalau anda tidak percaya, saya boleh jamin anda akan tiada masalah lagi untuk memuatturun dari rapidshare selepas ini. Dapatkan maklumat lanjut mengenai Cryptload di sini softnull.com
Muatturun di sini
Cryptload v1.1.4
Mirror1
Mirror2
Mirror3
Mirror4
Mirror5
Mirror6
Mirror7
8/14/2008
Latest Handphone Review
Labels: Dungun




Latest Handphone Review
iPhone 3G, Samsung F490 ,LG U990, HTC Touch Diamond & O2 XDA Stellar
Kepada sesiapa yg giler gadget dan ingin mendapatkan latest handphone bolehlah review ke3-3 handphone yg terbaru dipasaran ini sebelom membuat keputusan untuk membelinya.
iPhone 3G
Samsung F490
LG U990
HTC Touch Diamond
O2 XDA Stellar
8/13/2008
Semua koleksi dlm 1
Labels: Dungun
Kali ni aku compilekan semua koleksi lagu yg aku jumpa masa surf sekaligus dalam 1, semua sekali untuk anda di sini.
Semua koleksi dlm 1
Koleksi Lagu2 Raya
50an klasik & OST Filem Melayu Lama
Koleksi Lagu Filem Melayu 50an & 60an
Melayu Rojak
Koleksi Jamal Abdillah
Nostalgia Koleksi 1
Koleksi Hit Aishah
Pop Romantis
Irama & Instrumental, Warisan Melayu Tradisional
8/10/2008
The Compilation of Cromok
Labels: Dungun
The Compilation of Cromok
Ni pun sama gak posting aku lepas aku puas surfing carik lagu
Hasilnya aku jumpa link kompilasi lagu2 kumpulan Cromok
Yang aku nak kongsi ngan korang sumer
Muatturun
8/07/2008
Koleksi Mp3 Lagu Selamat Pengantin Baru
Labels: Dungun
Koleksi Mp3 Lagu Selamat Pengantin Baru
Setelah penat seharian surfing carik website dan link mp3 akhirnya aku jumpa la link ni. Aku harap korang pun dapat manfaat dari link ni. Especially kepada mereka yang nak setup bisnes buat rakaman video kawen atau nak buat slideshow gambar2 kawen boleh la selit mp3 lagu2 dari link ni.
Muatturun
8/06/2008
Kisah cicak
Labels: Dungun
Kisah cicak
Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba
meruntuhkan
suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang
kosong di antara
tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu
mulai roboh, dia
menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang
kosong itu
kerana kakinya melekat pada sebatang paku.
Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia
memerhati paku itu,
ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu
ketika rumah itu
pertama kali dibina.
Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan
dengan keadaan
terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap
selama 10 tahun,
tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang
mustahil dan tidak
masuk akal.
Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat
bertahan hidup
selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak
kakinya melekat
pada paku itu!
Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan
memperhatikan cicak itu,
apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga
dapat bertahan.
kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak
lain muncul
dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!
Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata
ada seekor cicak
lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap
itu selama 10
tahun.
Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta
dapat terjadi
bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak
itu. Apa yang
dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah
keajaiban.
Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak
pernah berhenti
memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan
bagaimana haiwan
yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu
mengagumkan.
Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya
mulai berfikir
tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman,
kekasih,
saudara lelaki, saudara perempuan..... Seiring dengan
berkembangnya
teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi
berkembang sangat
cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita,
berusahalah
semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang
kita kasihi.
JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan
persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,
pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak
tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan
sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan
buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta
pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya
baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri
Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan
diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
8/02/2008
Rakaman Percakapan di Kokpit Pesawat Adam Air
Labels: DungunRakaman Percakapan di Kokpit Pesawat Adam Air
Berita Pasal Insiden Adam Air
http://news.asiaone.com/News/Latest%2BNews/Asia/Story/A1Story20080310-53637.html
Gambor
http://www.flightglobal.com/assets/getAsset.aspx?ItemID=21803
http://www.flightglobal.com/assets/getAsset.aspx?ItemID=21804
http://www.repubblica.it/2006/05/gallerie/esteri/indonesia-aereo/1.html
Rakaman Percakapan di Kokpit Pesawat Adam Air
http://www.ziddu.com/download/1815417/RekamanAdamAir.mp3.html

























