3/29/2008
Buat Avatar Simpsons
Labels: avatar, Dungun, kartun, movies, simpson, yahoo3/28/2008
Miro 1.2
Labels: Dungun, freeware, miro, percuma, perisian, player, software, videoDownload
Homepage
Play All Your Videos
Play virtually any video-- Quicktime, WMV, MPEG, AVI, XVID, and more. Browse your collection, make playlists, stay organized.
Get Internet TV Shows
Subscribe to any video RSS feed, podcast, or video blog. Explore hundreds of free channels with the built-in Channel Guide.
Search YouTube
Download and save videos from YouTube, Google Video, Yahoo Video, and other sites.
High Definition and Fullscreen
Your computer screen is a high-def display. Watch free HD videos in gorgeous fullscreen.
Torrent Power
Easily download any BitTorrent file. Fast. Then watch it in the same app. Simple. BACA ARTIKEL PENUH »»
Five Spots
Game cari 5 barang yang berbeza didalam satu gambar , sangat sesuai untuk kanak kanak downloadlah sementara stok masih ada
DOWNLOAD BACA ARTIKEL PENUH »»
3/26/2008
Gambar Gambar Menarik Dipungut Merata2
Labels: Dungun, fish, gambar, gergasi, giant, pelik, picture, raksaksa, romania3/23/2008
Ahmad Said terima watikah perisytiharan MB
Labels: ahmad said, Dungun, kijal, mb, menteri besar, terengganuKUALA TERENGGANU 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, hari ini menerima watikah pengisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dalam satu upacara di Istana Terengganu, di sini.
Watikah pengisytiharan diserahkan kepada beliau oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman pada pukul 8.28 pagi ini.
Bagaimanapun, tarikh upacara angkat sumpah belum ditentukan la BACA ARTIKEL PENUH »»3/22/2008
10 sebab mengapa Idris tidak wajar direstui jadi MB
Labels: Dungun, Dungun News, idris jusoh, terengganuHurm hari ini aku terbaca kat satu laman web pasal 10 sebab mengapa Idris tidak wajar direstui jadi MB , sampai hari ini masih belum terjawab ni sapa yang akan jadi menteri besar terengganu kalau korang nak baca jugak silalah klick read more dibawah.
dipetik dari
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4748/35/
Mat Zain Mat Isa, HARAKAH
Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, mengenai kedudukan dan peranan Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu bagaikan menjawab teka-teki mengenainya yang kini bersarang di benak rakyat negara ini.
Dalam kenyataan disiarkan kebanyakan media semalam (Rabu, 19 Mac), Abdul Gani menjelaskan Tuanku Mizan yang juga Sultan Terengganu tidak mempunyai apa-apa peranan mengikut undang-undang dalam pelantikan itu.
Menurutnya, urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya kepada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu.
"Yang diPertuan Agong menyedari sepenuhnya mengenai peruntukan itu dan Baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar," akhbar melaporkan kenyataan Abdul Gani.
Penjelasan Abdul Gani adalah ekoran spekulasi yang bertiup kencang mengenai kedudukan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar yang tidak disenangi pihak istana.
"Mengikut Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang diPertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi Baginda sebagai Raja Negeri Terengganu kecuali sebagai Ketua Agama Islam," jelas Abdul Gani lagi.
Kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu kini sudah masuk hari ke 12. Tidak dapat dipastikan bilakah ianya bakal berakhir, selagi punca atau sebab-musabab kepada kemelut itu tidak dileraikan.
Ekoran keadaan tidak menyenangkan itu, timbul berbagai tanggapan dan spekulasi mengenai hubungan Idris dengan pihak istana. Meski pun perkara itu sukar dipastikan, kenyataan Abdul Gani tadi bagaikan mengesahkan perkara itu.
Jika tidak demikian, apa perlunya seorang Peguam Negara membuat penjelasan mengenai peranan dan kedudukan Yang diPertuan Agong dalam pelantikan seorang Menteri Besar di negeri Baginda?
Bahkan, kenyataan Abdul Gani yang menyebut, "Baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar" seolah-olah meletakkan batas sempadan kuasa terhadap Baginda dalam perkara ini.
Ekoran penjelasan Abdul Gani itu, yang turut menjelaskan spekulasi selama ini, berbagai pihak mahu tahu lebih mendalam apa sebenarnya yang telah dilakukan Idris sepanjang sepenggal menjadi Menteri Besar sebelum ini sehingga menyebabkan pihak istana dikatakan tersangat tidak senang dengan beliau.
Berdasarkan tinjau pendapat dan maklumbalas yang dikumpul daripada beberapa rakan di Terengganu, beserta beberapa maklumat yang telah sedia diketahui, berikut disenaraikan beberapa kemungkinan yang barangkali menjadi sebab-musabab kepada keadaan tersebut. Ia tidak semestinya tepat, tetapi boleh dijadikan sandaran hujah.
Pertama, Idris telah membuktikan dirinya sebagai pemecah-belah rakyat Terengganu. Kehidupan rakyat diporak-perandakan hingga ke akar umbi. Rakyat dipisahkan secara nyata menerusi garisan politik.
Pilih kasih dan penindasan berlaku, terutama kepada golongan penyokong pembangkang dalam hampir setiap aspek kehidupan. Tiada lagi kehidupan harmoni, saling sayang-menyayang atau berbaik sangka, terutama apabila dikaitkan dengan kecenderungan politik masing-masing.
Permusuhan tidak terbatas kepada parti berlawanan saja, malah Idris turut menyemarakkan perpecahan di kalangan para pemimpin dan ahli partinya sendiri. Pertelagahan kepimpinan di antara puak-puak bersengketa di Terengganu bukan saja gagal diselesaikan Idris, malah semakin diparahkannya.
Idris secara terang-terangan mencantas musuh-musuh politiknya, atau sesiapa saja yang dilihat boleh menggugat kedudukan politik anak-anak buahnya. Permusuhan makin membarah di dalam batang tubuh Umno sendiri.
"Sebagai payung tempat rakyat bernaung, apakah Tuanku Sultan akan selesa apabila rakyat Baginda hidup berpuak-puak dan bermusuhan? Siapa lagi paling bertanggungjawab menyuburkan perpecahan itu, jika tidak Idris?", tanya seorang rakan di Batu Enam, Kuala Terengganu.
Kedua, pemerintahan Idris dipenuhi aksi-aksi zalim dan rakus terhadap rakyat. Perkara ini telah penulis sebut dua hari lalu, tapi perlu diulangsebut semula. Idris merampas tanah dianugerahkan kerajaan PAS kepada rakyat, merobohkan rumah-rumah yang sedang mereka dirikan. Tidak sedikit air mata rakyat tumpah kerana kezaliman itu.
Paling melukakan hati umat Islam ialah apabila Idris tergamak merobohkan sebuah masjid di Bujal, Kemaman. Serakah politik beliau telah menutup sebarang penyelesaian lebih rasional, walau pun melibatkan tempat suci agama itu.
�Amaran Allah dalam al-Quran bab zalim ni sangat keras. Jangan dikatakan untuk menzalimi orang, untuk berbaik-baik dan menyokong orang yang zalim saja pun dah layak disentuh api neraka,� ulas seorang ustaz di Besut pula.
Baginya, tidak mustahil maksud ayat al-Quran ini dihayati Tuanku Sultan sehingga menyebabkan Baginda tidak merestui Idris meneruskan kuasanya di Terengganu. Baginda mungkin tidak rela dipertanggungjawabkan di sisi Allah kerana memberikan kuasa kepada seorang yang zalim.
Ketiga, pemerintahan Barisan Nasional pimpinan Idris macam kumpulan mafia atau samseng. Kongkongan dan pengawasan terlalu ketat terhadap pegawai dan kakitangan awam.
"Berbagai peraturan dan intipan dikenakan ke atas kakitangan. Mereka sangat tertekan dan jiwa terkongkong. Berkhidmat dalam keadaan sentiasa bimbang disalaherti atau dipandang serong oleh kerajaan", ulas Amdang, seorang penulis blog dari Setiu.
Para pengintip ada di mana-mana. Rakyat tidak berani membuka mulut mengenai rasa tidka puas hati mereka terhadap kerajaan.
Dalam keadaan lain, orang-orang politik sangat berkuasa. Jangan dikatakan wakil rakyat, seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang hanya lulus SRP pun berani menepuk meja dan mengherdik pegawai tinggi kerajaan yang tidak sedia mengikut kehendak mereka.
"Pegawai kerajaan dibuat macam kuli batak, kena ikut telunjuk puak-puak samseng ni," kata seorang kakitangan kerajaan di Kuala Terengganu.
Keempat, Idris seorang pemimpin yang boros. Dia akan buat apa juga projek yang terlintas di fikirannya, tanpa mengira berapa kosnya. Dia seolah-olah tidak pernah fikir tentang bagaimana mendapatkan wang. Yang dia tahu hanya bagaimana membelanjakannya.
Jaminan kerajaan Pusat menghulurkan bantuan kepada Terengganu ditumpukannya kepada projek-projek mega dan mewah. Berbilion ringgit duit negara dihabiskannya atas projek besar yang hanya sedikit memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat tempatan.
"RM300 juta di Pulau Duyong, RM270 juta di Pulau Wan Man, ratusan juta lagi di stadium, apa rakyat Terengganu dapat?," tanya seorang rakan, anak jati Pulau Duyong.
Bagi beliau, projek-projek besar itu lebih menjurus kepada pembaziran. Sedangkan, kata beliau, orang yang suka membazir disifatkan Allah di dalam al-Quran sebagai "kawan syaitan".
"Layakkah 'kawan syaitan' dipilih Tuanku Sultan menjadi pemimpin rakyat Baginda?", tanyanya lagi.
Kelima, Idris seorang pemimpin yang tamak dan terlalu gelojoh. Dia suka membolot segala peluang, terutama dalam menghabiskan peruntukan di bawah Wang Ehsan diberikan kerajaan Pusat.
Pihak paling beruntung dalam hal ini ialah kroni Idris. Sama ada kroni itu dari luar atau dari daerahnya Besut, pokoknya para kontraktor dan usahawan lain di Terengganu sendiri sekadar berputih mata.
Bayangkan sebesar projek di dua pulau (Pulau Duyong dan Pulau Wan Man), apa yang kontraktor Terengganu dapat? Bayangkan pula projek di Kemaman pun dibolot kontraktor dari Besut juga!
Keenam, Idris gagal menghormati dan menjaga kemuliaan Institusi Raja. Maaf cakap, dalam hal ini sesiapa pun yang mengenali Idris dan biasa bersamanya dalam mana-mana majlis rasmi pasti akan mengakui Idris memang jenis yang tidak menghiraukan protokol.
Sebuah siaran yang disebarluas di Terengganu dua minggu lalu memetik kata seorang yang dikatakan sering mengiringi Tuanku Sultan dalam majlis-majlis bersama Idris. Beliau terkejut mendengar cara Idris berbahasa dengan Tuanku Sultan.
"Saya pelik dan terkejut apabila mendengar Dato' Idris menggunakan bahasa "I" "You" apabila bercakap dengan Tuanku.... saya tak pernah dengar cara perbualan seperti itu. Malah Dato' Seri Haji Hadi yang warak dan disanjung-sanjung sebagai Tuan Guru serta dihormati oleh Tuanku pun membahasakan dirinya "patik" dan membahasakan Tuanku Sultan sebagai "Tuanku�. Ini Dato' Idris bercakap dengan Tuanku "I" "You", "I" "You"... Ini sungguh biadap," siaran itu memetik kata orang tersebut.
Idris juga mencemarkan kemuliaan istana apabila sewenang-wenangnya menggunakan Logo DiRaja Tangkai Padi pada logo baru Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Dikatakan perbuatan biadap itu mendapat teguran Tuanku Sultan.
Tangkai Padi dianggap personal emblem (lambang peribadi) DiRaja dan bukan boleh digunapakai sewenangnya. MBKT akhirnya menukarkan Tangkai Padi itu dengan Bunga Tulip pada logo barunya.
Ada juga maklumat menyebut Tuanku Sultan makin jauh hati dengan Idris apabila hanya diundang merasmikan Masjid Kristal yang menjadi sebahagian Taman Tamadun Islam (TTI). Sedangkan TTI itu sendiri dirasmikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi. Nampak sangat Idris ni tak tahu protokol, bukan?
Ketujuh, Idris sangat suka bercakap bohong. Didakwanya Terengganu juara UPSR tujuh tahun berturut-turut, sedangkan semua orang tahu fakta itu tidak betul.
Idris mendakwa sejak BN perintah, rakyat Terengganu hidup senang-lenang. Sedangkan ada rakyat yang sangat merempat, hidup dengan mencari rezeki di pusat pelupusan sampah, hidup dengan memakan ubi rebus, lempeng dan biskut. Ada rakyat menjadi pengemis di tangga tokong Cina.
Banyak lagi fakta bohong disebut Idris. Paling melukakan rakyat ialah apabila Idris tergamak berbohong kepada Tuanku Sultan mengenai budak-budak enam tahun khatam al-Quran. Lebih 2,000 orang didakwa dah khatam. Tuanku Sultan dipaksa percaya fakta itu dan diminta menyempurnakan majlis khatam itu, sedangkan Idris tipu hidup-hidup. Mana ada sampai 2,000 budak tu yang khatam?
Kelapan, pemerintahan Idris banyak membawa dan menyuburkan maksiat di bumi Terengganu. Konsert artis, pertandingan karaoke, pertumbuhan pub dan diskodut sangat rancak sejak BN memerintah.
Pembangunan Pulau Duyong juga membawa sama pesta maksiat ke bumi Tok Sheikh Duyong, seorang ulama tersohor di Nusantara zaman dulu.
Kesuburan maksiat sekaligus menghilangkan keberkatan hidup yang sangat didambakan rakyat dewasa ini.
Kesembilan, Idris mengabaikan kedaulatan agama. Masjid tandus, selain dipecah-belahkan atas sentimen politik. Elaun penceramah agama tidak diambil berat sehingga ada penceramah mogok dan tidak datang bertugas apabila elaun mereka dilewatkan.
Teguran ikhlas Tuanku Sultan mengenai kekurangan imam dan bilal di seluruh negeri gagal diselesaikan pentadbiran Idris. Mungkin Idris sengaja tidak mengendahkan teguran Baginda. Idris mungkin meluat apabila Baginda dalam membuat teguran itu turut menasihati kerajaan Idris mencontohi apa yang pernah dibuat kerajaan PAS dalam melahirkan tenaga imam dan bilal pelapis.
Jika pun atas sebab-musabab lain, Peguam Negara kata Tuanku Sultan tiada hak mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar, sebagai Ketua Agama Islam, Baginda boleh berhujah bahawa Baginda hilang kepercayaan Idris dapat menjamin kedudukan dan kedaulatan agama di negeri Baginda.
Kesepuluh, ada puluhan sebab-musabab lain yang masih boleh disenaraikan sebagai kemungkinan kepada kemelut Idris-Istana ini. Penulis pulangkan perbincangan lanjut itu kepada semua pembaca.
Seperti yang disebutkan, apa yang disenaraikan tadi tidak semestinya betul seratus-peratus, tetapi tidak juga wajar ditolak atau diabaikan sepenuhnya.
3/20/2008
ooVoo 1.5.1.96 Beta
Labels: chat, Dungun, freeware, oovoo, skype, software, video, webcam========================================================
oovoo adalah satu perisian yang membawa satu kebaruan dalam komunikasi internet, perisian yang membolehkan permbualan melalui video dengan mudah , anda hanya perlukan komputer talian broadband dan webcam , selain itu anda boleh juga menghantar pesanan video kepada penguna yang tidak mengunakan software ini. dilancarkan pada Jun 2007 dan dilabelkan sebagai perisian yang mudah digunakan mudah untuk muat turun dan pemasangan yang senang, dan yang paling bestnya ianya adalah perisian percuma.
Features:
* FREE Phone Calls. FREE calls from ooVoo to a landline or mobile phone in the USA or Canada.
* ooVoo Video Call. Start a face-to-face conversation and include up to six people.
* ooVoo Video Message. Tired of typing emails? Give your fingers a break and send a video message to one friend or a group.
* Find Friends. Import contacts from the most popular email programs: Office Outlook, Gmail, MSN Hotmail, Yahoo mail, AOLmail and more.
* Record video call. Create instant memories by recording your ooVoo video calls.
* Video Effects. Do you want to grow a virtual mustache or become a Superman – all while on a video call? Now you can.
* Chat. Text chat with up to six friends at a time!
* Send Files. With ooVoo it’s easy to share files with your friends!
* Sidebar View. Enable sidebar view to clearly view documents or other tasks on your screen.
* ooVoo me Link. Build your blog or MySpace page to life with an ooVoo link.
* Privacy. ooVoo is an exciting and fun new way to communicate and we want every one of your ooVoo experiences to be safe and secure.
freeware
Download here
Homepage - http://www.oovoo.com
BACA ARTIKEL PENUH »»
Mandriva Linux 2008.1 RC2

Mandriva Linux is a community-based Linux distribution, suitable for a wide range of situations from typical desktop use through development and server roles up to clustering.
Mandriva atau lebih dikenali sebagai Mandrake linux dikeluarkan pada tahun 1998, bertujuan untuk memudahkan pengunaan linux kepada semua orang, Linux telah pun terkenal sebagai satu sistem pengendalian berkuasa dan stabil yang memerlukan pengetahuan teknikal dan penggunaan meluas.
hurm kepada sesiapa yang terasa nak try mandriva tu silalah download,
Download: Mandriva Linux 2008.1 RC2 BACA ARTIKEL PENUH »»
xpy 0.9.12
Small tool which disables the default threats of a Windows XP installation. Besides disabling Windows and some of its components to communicate with Microsoft servers, xpy improves privacy settings and your systems security.
Features:
- Disable Windows calling home
- Disable questionable services
- Disarm Internet Explorer
- Disarm Windows Media Player
- Remove Windows Messenger
- Improve privacy and security
- Improve performance
Though xpy is smaller than 100 kilobytes, it can close serious threats (i.e. DCOM) on long distance, where large service-packs can only protect you until a new security hole has been found.
Download
3/19/2008
Sekeping Gambar Ajaib yang boleh mengembirakan
Labels: Dungunsi pemuda yang kacak ini pun melayarilah internet untuk mencari skim skim cepat kaya melalui internet ataupun dengan perkataan singkatnya "mencari nahas" . dan mencari -cari peluang perkerjaan didalam internet .
tiba-tiba terlihatlah satu keping gambar berwarna pink berukuran 75 x 75 pixel, dan terlihatlah perkataan dibawahnya . jika anda ingin menghilangkan kerisauan dan mendapatkan kegembiraan sila klick dua kali pada gambar berwarna pink ini yang ajaib.
si pemuda yang kacak tadi pun klick lah dua kali, memang ajaib selepas pemuda yang kacak ini klick dua kali pada gambar ini , dia tersenyum seorang diri sambil tergelak kecil didepan moniter komputernya. gambar ini memang ajaib kalau tak percaya sila anda try klick dua kali gambar dibawah.
<--inilah gambar tersebut sila klick dua kali untuk mendapatkan kegembiraan. dan jangan lupa sila klick kat perkataan RANK NOW tu yer kalau tak mungkin anda takkan rasa happy hari ini. kalau takleh nak vote tu sila guna internet explorer untuk vote .
BACA ARTIKEL PENUH »»
3/17/2008
Photography Contest
Labels: 2008, contest, Dungun, fauna, flora, foto, malaysia, peraduan, photo, visituntuk keterangan lanjut klick sini
untuk download borang peraduan klick sini
untuk keterangan lanjut juga boleh lawati
www.malaysiaflorafest.com
www.motour.gov.my
www.fujifilm.com.my BACA ARTIKEL PENUH »»
Permohonan Jawatan dalam Perkhidmatan RISDA
Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan di RISDA seperti berikut:
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) (N17)
- PEMBANTU PERTANIAN (G17)
- PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (W17)
- JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)
- PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) (N17)
perghhh sakit hati plak bila ada orang kutuk kat chatbox . katanya copy paste letak kat blog ..macam kat atas lar aku copy paste gak tu , untuk makluman orang jer kalau dah rasa takleh copy pun bagi tau jer. tak perlu maki maki kat chat box .. aku bleh buang jer post.
sekian terima kasih
3/15/2008
Pewaris anak dungun
Labels: Dungun
hurmmm cari lagu dungun dalam internet punya lah payah last last dapek jugak muahahahah..
Pewaris Anak Dungun
Selagi ku ingat
Pedagang Tok Hitam Tambun
Perintis Bandar Dungun
Selagi ku ingat
Pendekar Jusoh Kumpal
Hidup-hidup dikambus Jepun
Selagi ku ingat
Orang putih menguasai negeri
Meraih rakus kekayaan Bukit Besi
Selagi ku ingat
Di Dewan Merdeka, tahun 1974
Terngiang suara Tun Razak
Mengajar erti pembangunan
JKKK seluruh negeri dilancarkan
Selagi ku ingat
Uri tembuni kelahiranku
Bersemadi di bumi Dungun
Akan kukorbankan
Jiwa dan raga
Harta dan segalanya
Untukmu
Pewaris anak Dungun
Nyanyian oleh : Ramli Sarip
lagu : YB datuk (dr) . haji rosli mat hassan
Album: dungun membangun
3/13/2008
Tiang Opal
Labels: Dungun, history, sejarah
Tiang opal, aku tak tahulah apa makna opal tu yang aku tahu dua tiang yang korang
lihat dalam gambar ni yang berada didalam laut china selatan tu adalah peningalan
penjajah dahulu kala dimana dulunya tiang opal tu dari daratan terus kedalam air
mungkin jauh lagi ke dalam laut tetapi semuanya dah tumbang dikekah (dimamah,dimakan)
ombak dan faktor geografi sekarang, nak terangkan secara terperinci pasal geografi ni tak boleh pula pasal aku lemah geografi sekolah pun tak tinggi.tiang ini sebenarnya adalah salah satu jalan untuk kereta api menghantar bijih besi ke kapal penjajah dari bukit besi sampailah kat pantai ni yang berada dalam kawasan sura,dan tempat ini dipangil gate oleh masyrakat setempat, pada masa itu. disitulah SURA GATE mendapat nama.masa aku kecik dulu dekat belakang pejabat pos dungun tu masa orang tengah buat kerja mengali longkang masih dapat jumpa lagi besi rel (besi jalan keretapi). dulu pun aku ada simpan kat tepi rumah aku nak buat kenangan tapi oleh kerana benatang alah itu diperbuat oleh besi maka matobat(penagih dadah) pun mencurinya, kemana lagi kalau bukan ke tempat membeli besi buruk.
aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, sekarang pun aku masih kecik lagi tapi dah tua umur sikit.alah kecik-kecik tu masa sekolah rendah lar. kalau pergi kat pantai teluk lipat mesti mandi kat tiang opal ni , pernah satu masa aku lemas kat sini. tapi syukurlah dapat hidup sampai sekarang boleh tulis blog lagi. sekarang yang tinggal hanya dua batang tiang jer masa aku kecik pun tinggal 3 batang jer lagi seingat aku lepas tu tengelam jugak kat dalam laut. tapi masa tu walaupun dah banyak tiang ni tumbang masih dapat tengok lagi yang lain tu sekarang dah tak nampak mana dah. satu lagi pantai teluk lipat sekarang dah tinggal 1/3 jer yang lain dah habis dah dihakis.sedar2 hari ini kalau pergi kat kawasan tiang opal ni duduk atas jalan pun terkadang tu basah pipi ngan muka ni kena tempias ombak.
tapi yang best sekarang kat kawasan ni dah banyak kedai nak berehat tengok laut sambil makan2 keropok lekor dan lain lain lagi juga ada taman permainan untuk seisi keluarga. yang pasti air kelapa kat salah satu kedai kat kawasan ni memang best.
3/12/2008
FGTM - Festival Gitar Tong Malaysia 2008
Labels: 2008, chord, Dungun, Dungun News, event, guitar, malaysia, manan ngah, terengganu, Tourism
Hurm baru baru ini Manan ngah ada lar datang kat kedai kawan aku belakang pejabat pos nih, keluar je dari kedai dia tunjukkan kertas yang dia print kat kawan aku tentang festival gitar tong yang akan di adakan di terengganu,
dalam melodi tv3 pun ada keluar fasal ni. hehe ambik gitar galas atas belakang ala ala cerita 60,an dulu naik bas pergi ke kuala terengganu masuk pertandingan gitar tong nih , sampai kat sana nyanyilah "dari sebuah desaaaaaaaa berbekal gitar tua , datang ke bandaraya , dengan satu harapan , harapan menjadi biduannn.. " wakakakaak hebat tak kalau aku buat macam ni?.. melawak jer.
yang buat aku nak tulis pasal festival ni ,satunya sebab penyelaras program dia adalah MANAN NGAH yaaaaaaaa.. anak dungun . kalau tak silap rumah dia dulu kat dungun ni belakang perpustakaan awan sekarang ,
jadi kepada yang rasa hebat tu main gitar tepi jalan sambil2 lepak tu silalah sertai festival ini. tapi kepada yang baru nak merangkak main gitar macam aku nih tak payah lar nak masuk buat malu jer. kalau CANON ROCK takleh goreng ngan gitar tong tu buatlah berlatih lah lagi.. kih kih kih kih.. sebenarnya orang yang main gitar ni bukanlah nak cari makan sangat tetapi untuk kepuasan
untuk pengetahuan korang juga lar disini aku ambik sedikit maklumat tentang festival ini .. eh tak boleh copy pulak pengenalan dalam website dia ayo ayo .. website promosi pun maun restrict ka. karang aku hack letak gambar telanjang baru tahu nak restrict sangat hahahaha. korang boleh lawati lah laman ini untuk keterangan lanjut.http://tourism.terengganu.gov.my/fgtm/guitar.htm
3/10/2008
Tandas Awan yang terhancur
Labels: Dungun, Majlis Perbandaran DungunHurm hari ini aku nak tulis pasal tandas awan di sura gate dungun yang terhancur iaitu tandas yang berada di sebelah pejabat pos , tandas awan ini memang dah lama begini tetapi selama ini aku malas nak tulis pasal nanti ada orang cakap aku ni tak ada semangat cintakan tempat asal aku pulak bila tulis pasal perkara buruk kat tempat aku ini dan bagi semua orang dalam internet nampak , tapi apa pun ini aku punya blog aku punya sukalah nak tulis apa kambing ke karipap ke.
tandas ini memang hancur kalau kat bahagian lelaki tu memang tandas kencing tu tak berfungsi rosak, sinki pulak satu jer yang ok, dan yang paling menyedihkan sekali dua dua tandas buang air besar takde pump , jadi macam biasalah kalau yang jenis pengotor tu yang malas nak simbah air tu terapung lah taik dia dalam mangkuk tandas tu. perangai orang yang mak bapak tak ajar lar tu kucing pun tau nak kambus najis dia bila dah buang, orang macam ni macam lembu lah , buang macam tu aje.
kawan aku cakap laporan sudah dibuat kepada pihak berkenaan tetapi dah dua tahun dah tandas ini masih dengan keadaan begitu lagi , dan yang paling menyedihkan sekali sekarang ni air najis dari tangki tandas tu dah melimpah dah pun sampai keluar, mendatangkan bau busuk dan mengangu suasana lah dikedai-kedai berhampiran. sekali datang angin sekali sedut bau taik
selain itu dari perhatian aku lar yang selalu jugak lepak kat kawasan sura gate ni diwaktu malam, "aku lepak berfaedah". tandas ini dijadikan kawasan penagih melepaskan gian pulak, terkadang siang hari pun diorang duduk melepaskan gian dalam tu , sampaikan pernah sekali aku nak guna tandas terpaksa tunggu dalam 40minit sambil tunggu orang sedang mabuk (melepaskan gian ) keluar dari tandas.
agak memalukan lar, seperti hari ini aku tengok adalah dua tiga orang pelancong asing berlegar dikawasan sura gate , bayangkan jika mereka ingin pergi ke tandas, tak pun jika mereka melihat tandas ni, apa pendapat korang??
Kemalangan di Sura Gate
Tengah tengah aku main internet tadi tiba2 bunyi lar satu dentuman tak kuat mana lah disusuli dengan suara orang berteriak . berlaku kemalangan disura gate dekat dengan bangunan 7-eleven depan medan selera, hurmm teruk jugak sampai patah tiang lampu dilangar kemudian keretanya terbabas pulak keseberang jalan dan melangar sebuah motorsikal dan kereta , mujurlah tuan motorsikal dan kereta tu rasanya tiada dalam kenderaan mereka. dan nyaris nak termasuk dalam kedai kain dekat kemalangan ini.
aku pun bergegas lar belari nak tengok apa cerita, sampai kat sana kira awal kejadian jugak lah , nampak sorang jer pemandu yang masih ada dalam kereta dalam keadaan kesakitan dan sedikit luka dikepala, kesudahan nya tak tahu lah lagi sebab baru dihantar ke hospital.
hurmm... dah nasib buat masa sekarang aku masih tak ada kamera , kalau tak boleh la letak gambar sekali
Mozilla firefox 4.0 alpha 1 Pre

Firefox is a free, open-source web browser for Windows, Linux and Mac OS X and is based on the Mozilla codebase. It is small, fast and easy to use, and offers many advantages over Internet Explorer, such as the ability to block pop-up windows.
Download: Mozilla Firefox v4.0 Alpha 1 Pre for Windows
Download: Mozilla Firefox v4.0 Alpha 1 Pre for Linux
XP Codec Pack 2.3.6

XP Codec Pack is one of the most complete codec pack which helps you to play all major audio and video formats. And to complete your multimedia experience, instead of 3 or 4 different players you get one, simple integrated player that plays almost all audio and video files: Media Player Classic.
Download Here(freeware)
XP Codec Pack includes:
* AC3Filter 1.46
* AVI Splitter 1.0.0.9
* CDXA Reader 1.0.0.2
* CoreAAC (AAC DirectShow Decoder) 1.2.0
* CoreFlac Decoder 0.4
* FFDShow MPEG-4 Video Decoder 2007.12.24
* GPL MPEG-1/2 Decoder 0.1.2.0
* Matroska Splitter 1.0.3.0
** Media Player Classic 6.4.9.1
* OggSplitter/CoreVorbis 1.1.0.79
* RadLight APE Filter 1.0.0.4
* RadLight MPC Filter 1.0.0.4
* RadLight OFR Filter 1.0.0.4
* RealMedia Splitter 1.0.1.2
* RadLight TTA Filter 1.0.0.2
* The Codec Detective 2.0
* VSFilter (DirectVobSub) 2.38
Changes in version 2.3.6:
- Media Player Classic & DirectVobSub (VSFilter) updated.
Homepage - http://www.xpcodecpack.com
Size: 6.78 MB
3/09/2008
pilihanraya ke- 12 Memahat Tamadun Mencipta Sejarah
Labels: Dungun, Dungun News
* N27 - Dun Sura = Wan Hassan Mohd Ramli
MENANG melawan
N27 - Dun Sura = Rosli Harun
-----------------------------------------------------

Matulidi Jusoh Parlimen P039 Menang
Pertama kali tahniah dungunblog ucapkan kepada yang menang semoga mereka ini dapat terus membangunkan DUNGUN ,mencipta sejarah begitulah yang hendak digambarkan apabila barisan nasional hilang majoriti 2/3 nya buat pertama kali dalam sejarah.tewas mengejut di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak.
rata-rata dikalangan orang ramai sedang berbual tentang APAKAH? paklah akan meletakkan jawatan selaku perdana menteri malaysia kerana kekalahan dan kehilangan 4 negeri didalam pilihanraya kali ini.seperti yang dungunblog baca didalam akhbar paklah menyangkal dakwaan tersebut dan padanya kekalahan kali ini bukan mengambarkan rakyat menolak kepimpinan barisan nasional tetapi mereka tidak memberikan majoriti 2/3 , beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada isnin untuk membentuk kerajaan baru. BACA ARTIKEL PENUH »»
3/08/2008
Lesen memandu yang sial
Labels: Dungun, Dungun NewsHurmm.. sambil melawati laman web Spa.gov.my ni tengok2 kerja maka terjumpalah peluang pekerjaan ini , aku minat ni .
a. Jawatan : Ahli Fotografi
Gred : B27
Kod Skim : 3208
Kumpulan : Sokongan
Kem/Jab : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji :
P1T1 RM1210.60 - P1T26 RM3033.15
P2T1 RM1280.18 - P2T26 RM3219.30
P3T1 RM1352.78 - P3T26 RM3411.31
b. Kelayakan
i) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang Seni Foto dan/atau kamera filem atau Seni Lukis.
[Gaji permulaan minima ialah pada Gred B27: P1T5 RM1476.80]
ii) Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
c. Deskripsi Tugas
Membuat liputan filem/video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas dan bertanggungjawab ke atas mutu teknik penghantaran dan peralatan.
tapi sayang aku takde lesen memandu lagi ,memang sial lar nak dapatkan lesen memandu bukan murah beb.. aku yang miskin nih jugaklah yang hancur. kekadang terfikir aku pasal pihak berkenaan yang dikatakan mahu mengurangkan kes kemalangan jalan raya ni. yerlah kalau nak kurang sepatutnya diketatkan peperiksaan ujian memandu dan mengurangkan kos untuk mendapatkan lesen memandu , barulah orang yang dapat lesen memandu tu dikatakan seorang pemandu yang benar2 boleh memandu dan boleh mematuhi peraturan. tapi tidak!! harga untuk mendapatkan lesen begitu tinggi dan tidak masuk akal , mencecah sampai 1000 lebih kereta dan motorsikal . dan seperti kata lain "sapa ada duit dia ada lesen" . kalau dalam perniagaan bolehlah diamalkan begini seperti siapa ada duit buat lesen perniagaan tapi ini lesen memandu. ish ish ish ish dan yang terkadang tu pakai duit jer dapat lesen sedangkan orang tu tidak sepatutnya diberikan lesen dengan kata lain "gagal dalam peperiksaan ujian memandu" mungkin JPJ kata "mana ada kita terima rasuah" yer ker?? saya tak percaya lah sorry saya tak percaya keh keh keh keh..
hurm siapa yang sepatutnya ambil tindakan?? pihak berkenaan lah. pihak sekolah memandu mungkin atau jpj sendiri atau kerajaan malaysia.
hurm..satu masalah kepada aku yang tidak mampu mendapatkan lesen memandu yang penting untuk aku mencari kerja... terkadang terpikir jugak dalam hati bila lihat iklan dalam kaca tv dari barisan nasional sejak pilihanraya ini katanya "PENAMBAHAN PELUANG PERKERJAAN " nyahhhhhhhh itu dia peluang pekerjaan memang telah banyak pun sebenarnya dimalaysia tetapi yang perlu difikirkan untuk semua warga malaysia sama ada "MAMPUKAH RAKYAT MALAYSIA MEMENUHI PELUANG PERKERJAAN DAN BERKERJA" yerlah macam aku ni contoh . minat ada bakat tu takyah sebutlah dimana ada minat disitu ada bakat. kelayakkan dah jadi satu penghalang dan tambah pula dengan tidak mampu untuk mendapatkan alatan yang perlu untuk menjadi seorang pekerja seperti LESEN MEMANDU. itu tidak termasuk dengan kenderaan lagi yang beribu ribu tambah lagi dengan harga minyak ... ish ish ish ish ish susahnya
ooo... kau suruh aku naik basikal yer pergi kerja,.. kepala hotak kau berjambul!! suruh paklah naik basikal tengok macam mana. kalau tak pun kau sendirilah try pakai basikal tengok tahan ke tak?
akhirkata dari saya.
"MALAYSIA YANG MISKIN TERUS MISKIN YANG KAYA SEMAKIN KAYA "
ubahlah ni dah menyampah dah ..
contohilah seperti Nabi Nuh... baginda membuat bahtera yang besar untuk semua umat-umatnya naiki bersama, bukan untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari banjir besar yang akan terjadi, dan bukanlah untuk bermegah megah dengan kebesaran bahteranya.
kepada wakil rakyat yang bakal menang tu ingat!! jangan nanti rumah korang jer yang semakin besar tapi rumah rakyat macam aku ni jadi semakin sempit.. sempit macam lubang kubur. ini pun dah macam lubang kubur dah nih.. aku pun lebih kurang macam zombie dah ni makan meggi jer hari - hari.
Hari mengundi
Fuhh lega rasanya lepas letak kertas undi dalam peti undi, peti undi baru yang diperkenalkan oleh SPR tahun ini. seperti biasa isu pengundi hantu sentiasa dibualkan semasa pilihanraya didesas -desuskan terdapat lebih kurang 2 dan 7 buah bas dikatakan membawa pengundi hantu . yang pastinya kalau tak ada ,tak apa tapi kalau terjumpa memang parahlah situasi nanti.
sehari sebelum pilihanraya, kelmarin lah dilaporkan didalam tv yang 7 buah bas membawa student terengganu pulang untuk ditahan dan dilemparkan batu, hurm.. kenapalah boleh jadi macam ini sekali, memalukan betul , ada yang berpandangan yang orang yang menahan itu tidak sepatutnya melakukan perkara sebegitu, yer lah kalau nak check pun tengok kad pengenalan jer sah tu lepas lar buat apa nak panjang panjangkan cerita. tapi mungkin berlaku kekasaran bahasa semasa kejadian maka terjadilah acara melempar batu memecahkan cermin bas atau pun bas yang engan berhenti untuk memberikan kerjasama. kita tak tahukan kita tak ada ditempat kejadian.ada pula yang berpendapat bahawa kejadian di kuala terengganu semalam sengaja dirancang untuk mendapatkan kawalan polis keatas bas yang benar2 membawa pengundi hantu. apa pun kita mestilah ada bukti.
pada pendapat dungunblog mungkin pemandu bas dan penumpang harus memberikan kerjasama untuk memuaskan hati orang yang ingin kepastian tentang pengundi hantu ni , yerlah ape yang susah sangat bukan tiap tiap hari pun bas kena tahan ditepi jalan tapi jangan lah tahan bas sampai berjam jam menyusahkan orang saja.
well.. tutup kes jer lah malas nak pikir.. hurmmm lepas pergi mengundi cari kedai makan pulak takde yerlah hari raya semua kedai tutup , inilah kelemahan nih yang peliknya kedai cina banyak buka yang banyak tutupnya kedai melayu ish ish ish.
3/06/2008
Seminar industri Burung layang layang / walit
Labels: Dungun, make moneySejak akhir - akhir ini sudah ramai orang melayu menceburi industri burung layang- layang atau pun lebih dikenali dengan pangilan walit. disini ada satu seminar yang akan berlangsung pada 29 dan 30 mac 2008 ini . jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai bolehlah klick gambar dibawah untuk keterangan lanjut.
ramai orang menceburi industri burung layang - layang kerana boleh mendapat pendapatan yang sangat lumayan melaluinya. kepada yang mempunyai tanah dan tempat yang berpontensi untuk menjayakan industri burung layang - layang ceburilah bidang ini .
BACA ARTIKEL PENUH »»
3/04/2008
Rahsia Sebotol Budu
Labels: Dungun, othersBudu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.
Khasiat
Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Budu dan mempelam.
Budu dan mempelam.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan. BACA ARTIKEL PENUH »»
3/03/2008
Hari Ulangtahun pertabalan kebawah D.Y.M.M Sultan Terengganu ( Negeri)
Labels: Dungun, Dungun NewsD.Y.M.M. Sultan Terengganu (Negeri)
jadi selamat bercutilah kepada semua rakyat terengganu . hurm terasa boring plak main internet tak tahu nak cari apa sekarang pasal pilihanraya dah boring baca dah, baca pun bukan boleh tolong hilangkan pening kepala aku pun. kalau kat rumah aku ada internet kan best.sakit kepala aku sekarang duit dah abis kerja masih tak ada lagi sewa rumah aku dah 6 bulan tak terbayar termasuk bil elektrik dan air yang dah 3bulan rasanya mujurlah masih tak kena potong ..ayo yo yo yo kalau ada motor boleh gak mintak keja sana keja situ .ni tak harapkan kaki jer ada, mujur lain lain sempurna buatnya tempang lagi susah.
hurm susah kalau hidup sebatang kera nih , jadi kepada yang masih ada keluarga family tu sayangilah family anda walaupun dia tidak satu parti dengan anda. "kah kah kah kah kah " BACA ARTIKEL PENUH »»
warkah untuk pm
baguslah sekarang semua boleh kemukakan pandangan kepada pm, tapi betul ker pm yang baca nih .kut kut penjaga jer yang jaga jangan sampai rakyat tulis berbaris baris tapi tak baca terus sudah ..
kepada sesiapa yang tak puas hati sila tulis terus warkah untuk pm ..kekeke
http://www.warkahuntukpm.com.my
dear pm,
BACA ARTIKEL PENUH »»

















































